awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak ada jangka masa ditetapkan untuk meratifikasikan ICERD

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
15/11/2018
04:45 MYT
Tidak ada jangka masa ditetapkan untuk meratifikasikan ICERD
WAYTHAMOORTHY: "Langkah konsultansi perlu dibuat sebelum kerajaan mencatur sebarang keputusan muktamad berhubung ratifikasi. - Gambar fail/Berna
Tiada jangka masa yang ditetapkan oleh kerajaan bagi meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.
Beliau berkata ketika ini, kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional bakal mengadakan proses konsultansi dengan semua pihak berkepentingan termasuk pakar dari dalam dan luar negara.
Katanya proses konsultansi itu akan diadakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun depan.
"Memandangkan tidak ada penjelasan penuh dibuat sebelum ini maka kerajaan akan mengambil pendirian pro aktif untuk mengadakan proses konsultasi ia melibatkan mengambil pandangan dalam dan luar negara dari sudut perundangan dan pandangan intelektual agar proses ratifikasi tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Langkah konsultansi perlu dibuat sebelum kerajaan mencatur sebarang keputusan muktamad berhubung ratifikasi. Dalam proses ratifikasi ini tidak had tempoh masa yang ditetapkan kerajaan," katanya pada Sidang Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman.
Pada masa sama beliau turut memberi jaminan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan dimansuhkan dengan ratifikasi ICERD.
Langkah untuk meratifikasi ICERD sebelum ini mendapat bantahan daripada pembangkang yang mendakwa ia menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak menyalahgunakan Parlimen untuk meluluskan ICERD.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Azalina Othman
#Bumiputera
#Dewan Rakyat
#ICERD
#P Waythamoorthy
#Pakatan Harapan
#PAS
#pembangkang
#Perdana Menteri
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan