awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak campur tangan tuduhan kes moral hakim kanan syariah - Idris

Bernama
Bernama
18/01/2022
15:39 MYT
Tidak campur tangan tuduhan kes moral hakim kanan syariah - Idris
Idris meminta semua pihak akur dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang telus dan terperinci. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) (HEA) sama sekali tidak akan campur tangan dalam tuduhan isu moral yang melibatkan seorang pegawai kehakiman syariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada polis untuk melakukan siasatan.
"JPM (HEA) sama sekali tidak akan mencampuri bidang kuasa pihak polis dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Dalam pada itu, Idris meminta semua pihak akur dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang telus dan terperinci.
"Ia akan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terkait dalam isu ini, sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan perlulah dihentikan," tegasnya.
Sebelum ini, media melaporkan polis menyiasat seorang hakim kanan kerana didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita berkahwin pada 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu moral hakim syariah
#hakim kanan syariah
#gangguan seksual
#Idris Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan