awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak mahu situasi seperti di India? Elak 'dine-in' buat masa ini - Pakar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/05/2021
08:58 MYT
Tidak mahu situasi seperti di India? Elak 'dine-in' buat masa ini - Pakar
Dr Zainal Ariffin Omar bekata, berdasarkan kajian antarabangsa, kedai makanan menjadi antara lokasi berisiko tinggi penyebaran jangkitan COVID-19. - Gambar hiasan/Unsplash.com - FreeImages
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran bertindak lebih tegas dengan tidak membenarkan dine-in di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelakkan Malaysia menerima nasib sama seperti India.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, berdasarkan kajian antarabangsa, kedai makanan menjadi antara lokasi berisiko tinggi penyebaran jangkitan COVID-19.
"Pada ketika ini, kerajaan perlu mengutamakan kepentingan kesihatan rakyat berbanding kepentingan lain.
"Kita mesti pastikan, Malaysia tidak menjadi seperti di India. Kita seolah-olah sedang menghampiri situasi di sana," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan sesetengah pihak yang mahu kerajaan membenarkan pelanggan makan di kedai atau restoran sepanjang tempoh PKP ini.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa makan di restoran atau dine-in di kawasan PKP adalah tidak dibenarkan.
Zainal Ariffin yang sependapat berkata, orang ramai masih mempunyai pilihan untuk melakukan pesanan makanan secara dalam talian, pandu lalu atau dibungkus untuk dibawa pulang.
Menurutnya, meskipun sistem kesihatan negara antara yang terbaik di dunia namun kerajaan masih perlu bertindak dengan tegas dalam hal-hal pencegahan.
Topic Berkaitan
#dine-in
#PKP
#PKPB
#COVID-19
#Narendra Modi
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan