awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh

Sinar Harian
Sinar Harian
08/12/2024
11:15 MYT
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Kedua-dua suspek warga asing yang ditahan sebelum ini dipercayai terlibat dalam pembunuhan mangsa. - Gambar hiasan
KUALA LANGAT: Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Akmalrizal Radzi berkata, kedua-dua suspek warga asing yang ditahan sebelum ini dipercayai terlibat dalam pembunuhan mangsa.
"Siasatan dijalankan mendapati lelaki warga asing itu dibunuh berkaitan soal perebutan pekerja ladang selain tidak puas hati bayaran komisen.
"Kedua-dua suspek yang ditahan turut dipercayai berpakat bersama untuk membunuh mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan rondaan polis semasa operasi pencegahan jenayah membongkar penemuan mayat kes bunuh yang disorokkan dalam but kereta di Telok Panglima Garang di sini, pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.08 pagi itu, anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sedang menjalankan tugas rondaan sebelum menahan sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki warga asing dalam keadaan mencurigakan.
Pemeriksaan lanjut kemudiannya menemukan satu mayat lelaki disyaki warga asing di dalam but kereta dengan kesan kecederaan di badan.
Susulan itu, dua suspek lelaki warga asing berusia 17 dan 22 tahun yang bekerja sebagai peladang kemudian diberkas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#sembunyi mayat
#but kereta
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan