awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak puas hati, perasaan terguris jadi motif Cikgu Chandra 'diserang'

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/03/2026
02:26 MYT
Tidak puas hati, perasaan terguris jadi motif Cikgu Chandra 'diserang'
Shazeli berkata, pihaknya yakin kes khianat dan ugutan jenayah itu diselesaikan susulan penahanan tujuh individu termasuk perancang utama kejadian. - Gambar IPK Selangor

Rasa tidak puas hati dan perasaan terguris dipercayai menjadi motif sekumpulan individu menyerang rumah seorang aktivis dikenali sebagai Cikgu Chandra di Taman Kinrara, Puchong, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya yakin kes khianat dan ugutan jenayah itu berjaya diselesaikan susulan penahanan tujuh individu termasuk perancang utama kejadian.

Menurutnya, kesemua suspek yang ditahan dikenal pasti mempunyai kaitan langsung dengan insiden berkenaan.

"Mereka ditahan secara berasingan di beberapa lokasi termasuk Banting, Subang Jaya dan Serdang.

"Semakan rekod mendapati daripada tujuh individu yang ditahan, enam mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kes.

"Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Shazeli berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427, Seksyen 506 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

"Polis ketika ini sedang melengkapkan siasatan sepenuhnya daripada pelbagai aspek.

"Orang ramai juga diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses perundangan berjalan lancar serta tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Beliau berkata, pada peringkat awal polis menahan 12 individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan, namun lima daripadanya dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada 10 Mac lalu, media melaporkan polis menerima dua laporan berasingan berhubung insiden menimpa aktivis terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang hari yang sama, sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dipercayai menyerang rumah aktivis itu di Taman Kinrara, Puchong.

Suspek yang memakai topeng hitam itu kemudian memecahkan cermin belakang kereta Perodua Viva milik mangsa serta merosakkan jeriji besi di hadapan rumahnya.

Topic Berkaitan
#kes khianat
#bakar kenderaan
#Taman Kinrara
#Shazeli Kahar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan