awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga anggota tentera cedera akibat letupan bahan kimia

Bernama
Bernama
03/11/2016
06:32 MYT
Tiga anggota tentera cedera akibat letupan bahan kimia
Menurut polis ketiga-tiga mangsa yang bertugas di unit 22 komando itu telah diberikan rawatan di Hospital Tentera Darat (HTD) Kem Syed Sirajuddin Gemas sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat.
Tiga anggota tentera berpangkat Lans Koperal cedera akibat letupan bahan kimia ketika mengikuti kursus latihan letupan di Gemas, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak yang mengesahkan perkara tersebut berkata bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang laporan rasmi diterima pihaknya.
"Masih belum ada report...tapi memang berlaku," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.
Dikhabarkan ketiga-tiga mangsa yang bertugas di unit 22 komando itu telah diberikan rawatan di Hospital Tentera Darat (HTD) Kem Syed Sirajuddin Gemas sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat , 3 petang semalam.
Seorang daripadanya turut dikhabarkan kritikal selepas 32 peratus badannya terbakar, manakala dua lagi, masing-masing 27 dan 10 peratus terbakar di badan, separa kritikal. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Letupan bahan kimia
#Tampin
#tiga anggota tentera cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan