awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beranak maut MPV bertembung bas ekspres di Lipis

Bernama
Bernama
03/11/2014
01:55 MYT
Tiga beranak maut MPV bertembung bas ekspres di Lipis
Mangsa kemalangan sudah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan lanjut. - Foto Fail
Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Km 92 Jalan Lipis-Merapoh dekat sini awal pagi tadi.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Nik Zainuddin Nik Mohamad, 58, isterinya Wan Akma Lailee Wan Aziz, 54, dan anak perempuan mereka Nik Lyana, 19.
Sementara anak lelaki mereka Ahmad Bahari, 15, cedera parah. Yang turut cedera ialah pemandu bas terbabit Adnan Abdullah, 45.
Mereka dikejarkan ke Hospital Gua Musang.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata kesemua 43 penumpang bas dan seorang pembantu pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
Abdul Razak berkata nahas berlaku pukul 2.05 pagi ketika keluarga tersebut dalam perjalanan dari arah Kota Baharu, Kelantan menghala Kuala Lumpur.
"MPV itu dipercayai termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas express dua tingkat berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kota Baharu.
"Akibat pertembungan itu, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian," katanya.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#43 bas penumpang
#Gua Musang
#Kuala Lipis
#MPV
#tiga beranak maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan