awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga blok bangunan SMU (A) Darul Ulum Muhammadiah terbakar

Bernama
Bernama
12/04/2026
12:28 MYT
Tiga blok bangunan SMU (A) Darul Ulum Muhammadiah terbakar
Mohd Khairul Fais berkata api berjaya dikawal pada 4.10 petang dan operasi pemadaman masih diteruskan bagi memastikan tiada punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang. - Gambar orang awam
Tiga blok bangunan Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Muhammadiah, Kolam, Pak Badol di sini terbakar petang tadi.
Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok Mohd Khairul Fais Ariffin berkata kebakaran terbabit melibatkan bangunan jenis kekal yang mempunyai keluasan berbeza dengan satu daripadanya musnah 98 peratus.
“Dua lagi bangunan masing-masing terbakar 80 dan 30 peratus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.37 petang sebelum jentera tiba di lokasi pada 3.56 petang dengan jarak kira-kira 12 kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi pemadaman turut dibantu BBP Ketereh, BBP Pasir Tumboh serta Unit Tangki BBP Pengkalan Chepa dengan kekuatan 25 anggota, selain menggunakan dua aliran hos dan empat pancutan nozel serta sumber air daripada tangki jentera dan bekalan air.
Mohd Khairul Fais berkata api berjaya dikawal pada 4.10 petang dan operasi pemadaman masih diteruskan bagi memastikan tiada punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
Sementara itu, pengetua sekolah, Ahmad Norisham Ab Halim berkata kejadian itu berlaku ketika pelajar mengikuti aktiviti di luar termasuk solat dan waktu makan.
"Sebaik sahaja kebakaran disedari, kesemua pelajar diarahkan berkumpul di padang sekolah sebagai langkah keselamatan.
"Buat masa ini, pihak sekolah mengambil keputusan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hingga Khamis ini," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.
Ahmad Norisham berkata sekolah yang ditubuhkan pada 1990 itu menempatkan keseluruhan 251 pelajar dengan 112 daripadanya tinggal di asrama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#terbakar
#asrama
#sumber air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan