awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ditemukan rentung dalam kemalangan di Triang

Bernama
Bernama
20/08/2019
04:13 MYT
Tiga ditemukan rentung dalam kemalangan di Triang
Mayat tiga individu itu ditemui dalam kereta tersebut selepas pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran dengan menggunakan buih. - Foto Bernama
Tiga individu yang menaiki sebuah kereta ditemukan rentung dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di pekan Mengkuang di Triang, Bera dekat sini, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar 6 pagi tadi.
"Kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah kereta. Impak kemalangan mengakibatkan kereta yang masih belum dikenalpasti jenisnya musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.
"Mayat tiga individu itu ditemui dalam kereta tersebut selepas pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran dengan menggunakan buih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Anuar berkata mayat mangsa yang masih belum disahkan identiti diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.
Beliau berkata pasukan bomba dari Balai Bomba Triang dengan kekuatan enam anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anuar Hassan
#Bera
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kebakaran
#Kuantan
#Malaysia
#mayat
#Pahang
#tiga mayat rentung
#Triang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan