awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga individu didakwa atur seludup migran warga Sri Lanka melalui KLIA

Bernama
Bernama
07/08/2025
10:20 MYT
Tiga individu didakwa atur seludup migran warga Sri Lanka melalui KLIA
Pendakwaan tidak menawarkan jaminan dan memohon kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Tiga individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengatur penyeludupan seorang lelaki warga Sri Lanka, bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Tiga individu termasuk seorang wanita dan seorang warga Sri Lanka didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengatur penyeludupan seorang lelaki warga Sri Lanka melalui KLIA pada 10 Julai, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
  • Seorang lagi warga Sri Lanka turut didakwa memiliki pasport palsu atas nama orang lain bagi tujuan penyeludupan migran, dengan pertuduhan membawa hukuman penjara antara tujuh hingga 15 tahun dan denda sehingga RM500,000.
  • Pendakwaan tidak menawarkan jaminan dan memohon kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang dibenarkan oleh mahkamah; semua tertuduh diwakili peguam kecuali seorang.

Wanita itu G. Santhiya Darshini, 27, dan Janarthanan Appupillai, 46, masing-masing merupakan warga tempatan, serta seorang lelaki warga Sri Lanka Vtheewaran Palani, 48, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa secara bersama mengatur penyeludupan seorang lelaki warga Sri Lanka dalam transit menerusi Malaysia melalui udara di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 26C Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara hingga 15 tahun dan denda atau kedua-duanya.
Di mahkamah sama, seorang lagi warga Sri Lanka Antany Sujan Antany Ranjan, 21, didakwa atas pertuduhan memiliki satu pasport palsu atas nama orang lain bagi maksud memudahkan penyeludupan migran di Pintu Pelepasan Antarabangsa KLIA kira-kira 10.25 malam, 10 Julai lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 26E ATIPSOM 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 15 tahun dan denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Anisah Pisol dan Norhidayah Abdullah Sani tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh dan memohon kes-kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan.
Ketiga-tiga tertuduh masing-masing diwakili peguam William Edwin, Donald Selvam dan C. Surenthran manakala Antany Sujan tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#penyeludupan manusia
#Sri Lanka
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan