awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kes baharu Rotavirus di Kedah

Bernama
Bernama
03/10/2016
13:00 MYT
Tiga kes baharu Rotavirus di Kedah
Rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan perut dan usus, sering menyerang kanak-kanak terutama kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah dengan gejala cirit-birit dan sakit perut. - Wikipedia
Sebanyak tiga kes baharu Rotavirus dicatatkan di Kedah menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 27 kes sejak 28 Sept lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata tiga kes tersebut melibatkan kanak-kanak berumur di antara setahun hingga 6 tahun yang pernah berkunjung ke Bukit Merah Laketown Resort di Perak.
"Dua kanak-kanak dirawat di Hospital Kuala Nerang dan seorang lagi di Hospital Kulim, dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata sebanyak 15 kes positif Rotavirus dan lima kes lagi masih menunggu keputusan manakala tujuh kes tidak dilakukan ujian dan dirawat sebagai pesakit luar.
Katanya sehingga semalam, sejumlah 13 pesakit telah dibenarkan keluar manakala lapan pesakit lagi masih dirawat di Hospital Kulim, Kuala Nerang dan Jitra.
Rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan perut dan usus, sering menyerang kanak-kanak terutama kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah dengan gejala cirit-birit dan sakit perut. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Rotavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan