awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki 'katak' ditahan mengemis

Reuters
Reuters
28/02/2026
05:19 MYT
Tiga lelaki 'katak' ditahan mengemis
Antara pengemis menggunakan maskot kartun yang dicekup dan diberi amaran oleh JKM. - Foto ihsan JKM
Tiga lelaki yang mengenakan maskot karakter kartun bagi meraih simpati orang awam ditahan dalam Operasi Khas Maskot yang dijalankan Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, pada Jumaat.
Operasi ad-hoc bermula jam 10 pagi hingga 9.30 malam itu dilaksanakan susulan aduan tular berhubung peningkatan kegiatan pengemis menggunakan pakaian maskot, khususnya menjelang Ramadan.
Menurut JKM, antara lokasi operasi ialah persimpangan lampu isyarat Angsana serta Jalan Padi Emas 1, di Bandar Baru Uda yang dikenal pasti sebagai tumpuan ramai termasuk pengunjung bazar Ramadan.
“Ketiga-tiga lelaki terbabit didapati memakai maskot katak dan menjalankan aktiviti meminta sedekah di tengah pembahagi jalan serta di persimpangan lampu isyarat, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan.
“Semua individu berkenaan dibawa ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru untuk diambil keterangan dan maklumat latar belakang,” maklum kenyataan itu.
Jelas JKM, mereka kemudian dilepaskan dengan amaran lisan dan bertulis selepas menandatangani aku janji di hadapan Pegawai Penguat Kuasa JKM.
JKM memaklumkan tindakan di bawah Akta Orang Papa 1977 boleh dikenakan sekiranya mereka mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.
Jabatan tersebut turut menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan bantuan melalui saluran yang betul dan sah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#aktiviti mengemis
#minta sedekah
#kostum maskot
#kostum karekter kartun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan