awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, seorang cedera dalam kemalangan di Rantau

Bernama
Bernama
26/06/2016
02:33 MYT
Tiga maut, seorang cedera dalam kemalangan di Rantau
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Honda Accord dinaiki tiga lelaki bertembung dengan sebuah kereta Kancil dari arah bertentangan yang dipandu seorang lelaki. - Foto Bernama
Tiga lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera dalam satu kemalangan babit dua buah kereta di Jalan Rantau, Rantau dekat sini tengah malam tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Rudy Hartono Mohd Yasin berkata sepasukan enam anggota dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 11.10 malam semalam.
"Kami tiba di lokasi pada 11.32 malam dan ketika sampai mendapati dua kereta berlanggar menyebabkan dua penumpang kereta jenis Honda Accord dan seorang pemandu Perodua Kancil maut di tempat kejadian.
"Pemandu Honda Accord difahamkan mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital oleh orang awam. Ketiga-tiga mayat pula dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau juga percaya kemalangan itu berpunca akibat terbabas.
Topic Berkaitan
#Honda Accord
#kemalangan
#Rantau
#tiga maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan