awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua kereta

Bernama
Bernama
03/04/2019
16:21 MYT
Tiga pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua kereta
Tiga pelajar lelaki maut apabila kereta Proton Wira dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Myvi di Simpang Lok Heng berdekatan Bandar Penawar, Kota Tinggi, lewat petang Rabu. - Foto BERNAMA
Tiga pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim, Felda Lok Heng, Kota Tinggi, maut apabila kereta Proton Wira dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Myvi di Simpang Lok Heng berdekatan Bandar Penawar, Kota Tinggi, lewat petang Rabu.
Kemalangan pada kira-kira pukul 6.30 petang itu turut menyebabkan seorang guru wanita, Widyawati Simarani, 46, yang bersama mereka, cedera manakala pemandu Perodua Myvi, Naziha Aqmaliah Mazlan, 24, patah kaki dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi.
Ketiga-tiga pelajar, Mohamad Noriman Bastaman, 17, Daing Muhammad Afeeq Mohd Afeeq-ur Rahman, 16, serta Muhamad Syafawi Zayadi, 17, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Abdul Rani berkata enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai kemalangan itu pada kira-kira pukul pukul 6.31 petang.
"Seorang daripada pelajar berkenaan meninggal dunia akibat tersepit dalam kenderaan manakala dua lagi tercampak keluar dari kenderaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daing Muhammad Afeeq Mohd Afeeq-ur Rahman
#maut dalam kemalangan
#Mohamad Noriman Bastaman
#Naziha Aqmaliah Mazlan
#Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim
#Simpang Lok Heng
#Syafawi Zayadi
#tiga pelajar lelaki
#Widyawati Simarani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan