awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pemain terbaik dunia tewas dalam 4 hari, gergasi baru badminton gegar China

Astro Arena
Astro Arena
12/04/2026
01:21 MYT
Tiga pemain terbaik dunia tewas dalam 4 hari, gergasi baru badminton gegar China
Baru berusia 20 tahun, tetapi Ayush Shetty berjaya mengejutkan tiga pemain handalan dalam tempoh empat hari. - Foto Astro ARENA
PEMAIN badminton nombor tujuh dan empat dunia dikejutkan seorang atlet muda dari India! Malah, ranking pertama dunia yang merupakan bekas juara dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn, turut kalah.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama wakil India mara ke perlawanan akhir perseorangan lelaki sejak 1976 dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC)!
Mampukah dia mengulangi pencapaian Dinesh Khanna pada 1965 untuk memenangi emas?
Memperkenalkan gergasi dalam pembikinan, Ayush Shetty, yang sedang menggegar Ningbo, China selepas persembahan memukau sejak pusingan 32.
Baru berusia 20 tahun, tetapi berjaya mengejutkan tiga pemain handalan dalam tempoh empat hari.
Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2025 itu bermula garang apabila menundukkan sandaran tuan rumah, Li Shi Feng 21-13, 21-16 dan meneruskan rentak kemaraan mengecewakan wakil Chinese Taipei.
Dia kemudiannya menghantar pulang wakil Indonesia, Jonatan Christie, pada peringkat suku akhir.
Sensasinya berterusan apabila mengejutkan arena badminton antarabangsa selepas memadam impian Vitidsarn dalam pertembungan epik menyaksikan Shetty mara ke final dengan kemenangan rubber set 10-21, 21-19, 21-17.
Kini, tinggal Shi Yu Qi menjadi halangan terakhir buatnya hari ini. Mampukah Shetty merangkul kejuaraan sulungnya di pentas tertinggi Asia?
🇮🇳Ayush Shetty defeated world No.7 (🇨🇳Li Shi Feng), No.4 (🇮🇩 Jonatan Christie), and No.1 (🇹🇭Kunlavut Vitidsarn) today, to become the first Indian player since 1976 to reach the men’s singles final at the Asian Championships!🤯What a performance at #BAC2026!🚀🔥 pic.twitter.com/WMtcvpxY2e
— BadmintonRanks (@BadmintonR45199) April 11, 2026
Topic Berkaitan
#Ayush Shetty
#India
#BAC
#kejohanan badminton asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan