awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga remaja didakwa ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/03/2020
06:16 MYT
Tiga remaja didakwa ingkar Perintah Kawalan Pergerakan
Tertuduh, Lim Chun Hoe, 19, bersama dua rakannya masing-masing berumur 15 dan 16 tahun ditahan di dalam sebuah kereta pada 22 Mac jam 3 pagi di Jalan Air Kuning, Taiping. - Foto Astro AWANI
Tiga remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping pada Rabu atas tuduhan gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19, Ahad lalu.
Tertuduh, Lim Chun Hoe, 19, bersama dua rakannya masing-masing berumur 15 dan 16 tahun ditahan di dalam sebuah kereta pada 22 Mac jam 3 pagi di Jalan Air Kuning, Taiping. 
 
Menurut pertuduhan, kesemua mereka menaiki sebuah kereta yang dipandu remaja berusia 15 tahun didakwa tidak mematuhi arahan penguatkuasaan PKP dengan bergerak dari Taman Sungai Mas ke Jalan Air Kuning.
Chun Hoe bersama remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Manakala remaja berusia 15 tahun itu pula dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika pelaksanaan PKP.
Ketika pertuduhan dibacakan kesemua mereka mengakui tidak memahami sepenuhnya isi kandungan pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu.
Majistret Adibah Abdul Kadir kemudiannya memutuskan sebutan semula kes tersebut pada 4 Mei dengan kehadiran jurubahasa Cina dengan dialek Hokkien.
Adibah turut membenarkan mereka diikat jamin, masing-masing RM1,000 dengan seorang penjamin.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faakihin Ahmad Fauzi manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Puteri Hikmatul Dzulaika Mohamad.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#penjawat awam
#Perintahan Kawalan Pergerakan
#PKP
#remaja
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan