awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga remaja sesat di Bukit Janda Mandi ditemui selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
30/12/2023
01:15 MYT
Tiga remaja sesat di Bukit Janda Mandi ditemui selamat
Anggota bomba melakukan pencarian mangsa menerusi operasi dijalankan. - Foto JBPM Terengganu
KEMAMAN: Tiga lelaki dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Janda Mandi, dekat sini ditemukan dalam keadaan selamat pada malam Jumaat.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, kesemua remaja berusia antara 18 hingga 21 tahun itu dilaporkan hilang pada pagi Jumaat.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.29 petang.
"Kesemua mangsa dari Kemaman dikatakan ke situ untuk melakukan aktiviti memanjat bukit sebelum tersesat akibat cuaca tidak menentu.
Lokasi mangsa dilaporkan hilang. - Foto JBPM Terengganu/Sinar Harian
Lokasi mangsa dilaporkan hilang. - Foto JBPM Terengganu/Sinar Harian
"SAR (operasi mencari dan menyelamat) mangsa dilaksanakan bermula petang bagi mengesan mangsa di kawasan itu.
"Mangsa berjaya ditemui pada jam 8.25 malam di bukit tersebut sebelum mereka dibawa turun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Menurut beliau, kesemua mangsa didapati sihat tanpa sebarang kecederaan yang serius.
Katanya lagi, operasi berkenaan disertai lebih 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai melibatkan empat jentera. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja sesat di Bukit Janda Mandi
#sesat
#Bukit Janda Mandi
#mendaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan