awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga surau langgar SOP di Jempol diarah tutup seminggu

Bernama
Bernama
28/05/2021
20:00 MYT
Tiga surau langgar SOP di Jempol diarah tutup seminggu
Penutupan surau itu berdasarkan pemantauan dilakukan polis bersama penguat kuasa pejabat agama Islam daerah. -BERNAMA
SEREMBAN: Tiga surau di daerah Jempol diarah tutup selama tujuh hari bermula semalam hingga 2 Jun ini selepas didapati ada dalam kalangan jemaahnya melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata penutupan surau itu berdasarkan pemantauan dilakukan pihaknya bersama penguat kuasa pejabat agama Islam daerah itu ke atas beberapa masjid dan surau selama tiga hari bermula Selasa.
Menurut beliau, surau berkenaan adalah Surau Felda Raja Alias 1, Surau Felda Raja Alias 4 dan Surau Al-Irsyad, Rumah Rakyat Ayer Hitam.
"Antara pelanggaran SOP yang dilakukan adalah jemaah melebihi kuota ditetapkan, tidak memakai pelitup muka, tidak membawa sejadah sendiri dan menjalankan aktiviti selain daripada solat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 20 Mei lepas, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dilaporkan berkata jumlah jemaah solat di masjid dan surau di negeri ini dihadkan hingga 7 Jun ini bagi menangani penularan kes COVID-19.
Aminuddin berkata solat Jumaat dibenarkan dengan melibatkan 12 individu sahaja terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa kariah, manakala solat fardu pula dihadkan kepada tiga orang iaitu imam, bilal dan siak sahaja.
Beliau sebelum itu turut memaklumkan bahawa mana-mana masjid atau surau di negeri ini yang gagal mematuhi SOP ditetapkan untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19, akan ditutup selama seminggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#surau di daerah Jempol
#diarah tutup
#solat fardu
#langgar SOP
#COVID-19
#Solat Jumaat
#pelitup muka
#AYER HITAM
#Surau Felda Raja Alias
#Surau Al-Irsyad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan