awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga termasuk bayi tujuh bulan maut dalam kemalangan di Sitiawan

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
03/12/2017
03:23 MYT
Tiga termasuk bayi tujuh bulan maut dalam kemalangan di Sitiawan
Tiga sekeluarga maut termasuk seorang bayi lelaki berusia lingkungan tujuh bulan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Kayan. -Gambar hiasan
Tiga sekeluarga maut termasuk seorang bayi lelaki berusia lingkungan tujuh bulan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Kayan, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mustafa Ismail berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu, kenderaan jenis Toyota Wish yang dinaiki semua mangsa terbabas sebelum tercampak ke dalam parit berair sedalam 2.5 meter.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mustafa Ismail berkata kejadian dipercayai berlaku semasa keluarga berkenaan dalam perjalanan dari sini menghala ke Teluk Intan.
Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.24 pagi dan sebaik tiba di lokasi segera membetulkan kereta tersebut sebelum membawa keluarga ketiga-tiga mangsa yang kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
"Di dalam kereta terdapat tiga orang terdiri daripada seorang lelaki berumur lingkungan 40an, seorang wanita berumur 30an dan seorang bayi lelaki dalam lingkungan tujuh bulan
Beliau berkata mayat ketiga-ketiga mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan identiti kesemuanya belum dikenal pasti.
Mustafa berkata operasi tamat kira-kira pukul 6.10 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#bayi
#bomba
#keluarga
#kemalangan
#kereta
#lelaki
#mangsa
#maut
#mayat
#meninggal dunia
#operasi
#perubatan
#polis
#Teluk Intan
#Toyota
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan