awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tikam leher gara-gara kejutkan bangun tidur

Sinar Harian
Sinar Harian
14/11/2018
05:30 MYT
Tikam leher gara-gara kejutkan bangun tidur
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi di premis yang terletak berhadapan sebuah stesen minyak itu, mangsa berusia 36 tahun maut dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian leher. - Gambar hiasan
Dikejutkan ketika tidur dipercayai punca pergaduhan dan mengakibatkan kematian seorang lelaki di sebuah kedai makan di Gelang Patah di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi di premis yang terletak berhadapan sebuah stesen minyak itu, mangsa berusia 36 tahun maut dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian leher
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian si mati dikatakan sedang tidur di atas meja kedai makan berkenaan sebelum dikejutkan seorang lelaki warga asing.
“Mangsa sedang tidur di atas meja tempat kejadian sebelum dikejutkan suspek iaitu lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun.
“Saksi kejadian selepas itu menyaksikan kedua-dua mereka bertengkar dan tiba-tiba terdengar bunyi benda pecah dan nampak mangsa berdarah di leher,” katanya di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Dzulkhairi berkata, suspek tidak melarikan diri dan hanya mundar mandir di kawasan itu sebelum ditangkap orang awam dan diserahkan kepada polis.
“Mangsa dipercayai meninggal dunia kerana ditikam di bahagian lehernya menggunakan botol kaca yang dipecahkan.
“Polis percaya kejadian berlaku kerana selisih faham dan ketika itu si mati berada dalam keadaan mabuk,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#Gelang Patah
#mangsa
#mati
#maut
#meninggal dunia
#minyak
#suspek
#tikaman
#warga asing
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan