awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'

Amanz
Amanz
10/02/2026
03:30 MYT
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
Suruhanjaya Eropah mendapati aplikasi TikTok bersifat "ketagihan" dan melanggar Akta Perkhidmatan Digital dengan ciri-ciri seperti skrol infiniti dan notifikasi berterusan. -Gambar fail/Adobe Stock
SURUHANJAYA Eropah dalam penemuan awal mendapati reka bentuk aplikasi TikTok bersifat “ketagihan” dan melanggar Akta Perkhidmatan Digital (DSA), dengan menyasar ciri seperti skrol infiniti, main automatik, notifikasi berterusan serta sistem cadangan yang diperibadikan.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Eropah mendapati aplikasi TikTok bersifat "ketagihan" dan melanggar Akta Perkhidmatan Digital dengan ciri-ciri seperti skrol infiniti dan notifikasi berterusan.
  • Perubahan yang dipertimbangkan termasuk melumpuhkan skrol infiniti secara berperingkat, melaksanakan sela masa skrin terutama pada waktu malam, dan mengubah suai algoritma cadangan.
  • TikTok gagal menilai risiko terhadap kesejahteraan pengguna, khususnya kanak-kanak dan golongan rentan, serta alat pengurusan masa dan kawalan ibu bapa dinilai tidak mencukupi.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Antara perubahan yang dipertimbangkan pengawal selia ialah melumpuhkan skrol infiniti secara berperingkat, melaksanakan sela masa skrin terutama pada waktu malam, dan mengubah suai algoritma cadangan.
Suruhanjaya berkata TikTok gagal menilai dengan memadai risiko terhadap kesejahteraan pengguna, khususnya kanak-kanak dan golongan rentan, selain mengabaikan indikator penggunaan kompulsif seperti masa penggunaan pada waktu malam serta kekerapan aplikasi dibuka.
Alat pengurusan masa dan kawalan ibu bapa yang ada juga dinilai tidak mencukupi kerana mudah diketepikan dan memerlukan usaha tambahan daripada penjaga.
Dalam reaksi balas, TikTok menafikan dapatan berkenaan.
“Penemuan awal Suruhanjaya menggambarkan platform kami secara salah dan tidak berasas. Kami akan mengambil apa juga langkah yang perlu untuk mencabar dapatan ini,” kata jurucakap syarikat itu.
Sekiranya pelanggaran disahkan dalam keputusan akhir, TikTok berdepan tindakan termasuk denda sehingga 6 peratus daripada perolehan global.
Buat masa ini, syarikat mempunyai ruang untuk meneliti dokumen siasatan dan mengemukakan hujahan bertulis.
Perkembangan di Brussels berlaku ketika beberapa negara memperketat akses remaja kepada media sosial: Australia telah menguat kuasa larangan akaun bagi pengguna bawah 16 tahun berkuat kuasa 10 Dis 2025, sementara Perancis meluluskan di peringkat Dewan Rendah rang undang-undang melarang akses bagi bawah 15 tahun (menanti kelulusan Senat).
United Kingdom pula sedang menilai pilihan dasar, termasuk kemungkinan larangan bagi bawah 16 tahun.
“Dengan sentiasa ‘menghadiahkan’ pengguna kandungan baharu, ciri reka bentuk tertentu mendorong pengguna terus menatal sehingga mengakibatkan tingkah laku kompulsif dan mengurangkan kawalan diri,” kata Suruhanjaya dalam kenyataan penemuan awal. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang menyebabkan Suruhanjaya Eropah mendapati TikTok bersifat "ketagihan" dan melanggar Akta Perkhidmatan Digital? A: Suruhanjaya mendapati TikTok bersifat "ketagihan" dan melanggar akta tersebut kerana ciri-ciri seperti skrol infiniti, notifikasi berterusan, dan sistem cadangan yang diperibadikan.
  • Q: Apa perubahan yang dipertimbangkan bagi mengatasi isu yang ditemui dalam TikTok? A: Perubahan yang dipertimbangkan termasuk melumpuhkan skrol infiniti secara berperingkat, melaksanakan sela masa skrin terutama pada waktu malam, dan mengubah suai algoritma cadangan.
  • Q: Apakah tindakan yang mungkin diambil jika pelanggaran oleh TikTok disahkan? A: Sekiranya pelanggaran disahkan, TikTok berpotensi menghadapi denda sehingga 6 peratus daripada perolehan global, dan syarikat mempunyai ruang untuk meneliti dokumen siasatan dan mengemukakan hujahan bertulis.

Topic Berkaitan
#TikTok
#ketagihan
#EU
#Suruhanjaya Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan