awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Menteri Anuar Tahir pengsan, dimasukkan ke HKL

Bernama
Bernama
26/10/2019
00:59 MYT
Timbalan Menteri Anuar Tahir pengsan, dimasukkan ke HKL
Mohd Anuar berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan. -Gambar fail
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dilaporkan pengsan pagi tadi.
Penolong Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Faizul Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa Mohd Anuar berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan.
"Saya terima panggilan daripada Pembantu Peribadi (PA) beliau sekitar jam 4 petang tadi memaklumkan tentang Mohd Anuar. Beliau (PA) juga berkata Mohd Anuar agak sibuk dengan jadual yang agak padat. Berkemungkinan beliau (Mohd Anuar) penat," katanya.
Tambah Mohd Faizul, doktor yang merawat Mohd Anuar menasihatkan agar beliau berehat dari melakukan sebarang aktiviti sehingga benar-benar sihat.
Media melaporkan Mohd Anuar yang juga Ahli Parlimen Temerloh dan Setiausaha Agung Amanah dimasukkan ke HKL selepas beliau pengsan dan dikatakan mengalami pendarahan otak tetapi doktor memutuskan bahawa tiada sebarang pembedahan perlu dijalankan ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jadual padat
#Mohd Anuar Mohd Tahir
#Mohd Faizul Salleh
#pengsan
#Timbalan Menteri Kerja Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan