awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan presiden kanan syarikat kejuruteraan didakwa perdaya syarikat minyak dan gas

Bernama
Bernama
11/06/2021
06:44 MYT
Timbalan presiden kanan syarikat kejuruteraan didakwa perdaya syarikat minyak dan gas
Ahmad Hatta berhadapan pertuduhan memperdaya dan menipu sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka, untuk menyenaraikan syarikatnya sebagai sebuah syarikat berkelayakan dan berstatus Bumiputera, tiga tahun lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang berhadapan timbalan presiden kanan di sebuah syarikat kejuruteraan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memperdaya dan menipu sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka, untuk menyenaraikan syarikatnya sebagai sebuah syarikat berkelayakan dan berstatus Bumiputera, tiga tahun lalu.
Tertuduh Ahmad Hatta Kamaruzzaman, 50, yang juga Ketua Aker Engineering Malaysia mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Ahmad Hatta didakwa sebagai ejen kepada syarikat Kumpulan Aker Solutions, secara niat telah mengemukakan dokumen bagi maksud untuk memperdaya sebuah syarikat minyak dan gas.
Ia bagi menyenaraikan syarikat Aker Engineering Malaysia sebagai sebuah syarikat berkelayakan dan berstatus Bumiputera, sedangkan tertuduh mengetahui bahawa syarikat itu (Aker Engineering) bukanlah berstatus Bumiputera.
Oleh itu, tertuduh telah menipu dengan menyembunyikan fakta sebenar pemilikan saham syarikat tersebut, yang mana berkepentingan benefisiari sebenar adalah syarikat Kumpulan Aker Solution.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sini (Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur) pada 7 Ogos 2018, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menawarkan wang jaminan antara RM10,000 dan RM20,000 dengan seorang penjamin dan jumlah jaminan itu tidak dibantah oleh peguam S.Devanandan, yang mewakili Ahmad Hatta.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Julai depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#timbalan presiden kanan
#Mahkamah Sesyen
#syarikat minyak dan gas t
#Ahmad Hatta Kamaruzzaman
#Aker Engineering
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan