awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan AS-Israel tiada asas di bawah undang-undang antarabangsa - Pemimpin Scotland

Bernama
Bernama
17/03/2026
15:25 MYT
Tindakan AS-Israel tiada asas di bawah undang-undang antarabangsa - Pemimpin Scotland
John Swinney turut menggesa agar usaha diplomatik dipertingkatkan dengan berkata: "Rayuan kami adalah untuk diplomasi, meredakan ketegangan, dan agar peperangan ini dihentikan." - Gambar fail/REUTERS
Menteri Pertama Scotland, John Swinney pada Selasa mengkritik tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel di Iran, dengan menyifatkan ia sebagai "tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa," lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Biar saya jelaskan, tindakan tidak wajar oleh AS dan Israel ini tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa. Ia mesti dihentikan demi kanak-kanak yang tidak bersalah di Iran, demi keamanan," katanya dalam satu hantaran di laman X.
Beliau turut menggesa agar usaha diplomatik dipertingkatkan dengan berkata: "Rayuan kami adalah untuk diplomasi, meredakan ketegangan, dan agar peperangan ini dihentikan."
Ketegangan di rantau itu semakin memuncak sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas. Serangan berkenaan setakat ini telah mengorbankan kira-kira 1,300 nyawa, termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.
Tindakan itu bukan sahaja mengakibatkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur, malah turut menjejaskan pasaran global serta sektor penerbangan antarabangsa.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Menteri Pertama Scotland John Swinney
#konflik Asia Barat
#undang-undang antarabangsa
#AS-Israel serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan