awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Ketua Syiah Kedah dianggap mencabar institusi Raja-Raja Melayu

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2013
23:19 MYT
Tindakan Ketua Syiah Kedah dianggap mencabar institusi Raja-Raja Melayu
Tindakan Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan membuat laporan polis terhadap Mufti Negeri Kedah Datuk Syeikh Baderudin Ahmad dianggap sebagai tindakan yang mencabar institusi Raja-Raja Melayu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ini kerana Mufti dilantik oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Ketua Agama Islam negeri yang juga Yang diPertuan Agong.
Ini bermakna, Abdullah dengan sengaja tidak menghormati Fatwa yang dikeluarkan Mufti kerajaan negeri, perlembagaan dan perundangan Islam sekaligus dianggap mencabar kedudukan Sultan.
Tambah beliau kerajaan negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap ketua Syiah itu dan pengikut-pengikutnya yang cuba melakukan provokasi.
Sehubungan itu, beliau akan bertemu dengan penguat kuasa Majlis Agama Islam dan peguam syariah Rabu ini di Kuala Lumpur bagi membincangkan pendekatan terbaik menangani fahaman Syiah dan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka menerusi undang-undang Islam di negeri-negeri.
“Apabila seorang mencabar Mufti dengan fatwa Mufti yang telah mempunyai status perundangan dalam konteks akta di negeri masing-masing dia juga telah mencabar institusi Raja-Raja. Ya, kita nak supaya negeri mengambil proses tindakan ke atas cabaran-cabaran seperti ini berasaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” kata Jamil Khir.
Mengenai ugutan ketua Syiah itu mahu menerbitkan buku fahaman Syiah sekiranya ditangkap pihak berkuasa, Jamil memberitahu majlis Agama Islam mempunyai kuasa untuk menghalangnya.
Ahad lepas, Abdullah membuat laporan polis terhadap Syeikh Baderudin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar selepas mendakwa mufti itu secara sengaja mempersembah kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja'afariah di Kedah telah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini tidak tenteram.
Topic Berkaitan
#Abdullah Hassan
#Datuk Seri Jamil Khir Baharom
#Ketua Syiah Kedah
#mencabar institusi Raja-Raja Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan