awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas terhadap peniaga warga asing di sekitar Pasar Selayang - Shahidan

Bernama
Bernama
26/04/2022
23:00 MYT
Tindakan tegas terhadap peniaga warga asing di sekitar Pasar Selayang - Shahidan
Shahidan berkata, tindakan segera itu diambil bagi menjaga kepentingan ahli PPPKMWP khususnya yang berniaga di pasar berkenaan. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Tindakan tegas telah diambil terhadap peniaga warga asing di sekitar Pasar Harian Selayang, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata tindakan segera itu diambil bagi menjaga kepentingan ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) khususnya yang berniaga di pasar berkenaan.
Katanya keperluan dan aspek kebajikan rakyat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.
"Pelbagai inisiatif baharu serta yang sedia ada terus diperkenalkan dan dilaksanakan kementerian bersama agensi-agensi di bawahnya terutamanya dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan serta miskin bandar di Wilayah Persekutuan, seperti mana Program Nur Ramadan pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis berbuka puasa pada program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Bersama Media, di sini malam tadi, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Datuk Rosida Jaafar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasar selayang
#warga asing
#Shahidan Kassim
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan