awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tembak penceroboh bukan bermakna kita kejam - Panglima Tentera Laut

Bernama
Bernama
14/07/2014
23:25 MYT
Tindakan tembak penceroboh bukan bermakna kita kejam - Panglima Tentera Laut
ABDUL AZIZ: Kebenaran untuk menembak adalah sekadar menghalang mereka melarikan diri - Gambar Fail
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pada Isnin menegaskan tindakan menembak penceroboh bukan bermakna pasukan keselamatan negara bertindak kejam, sebaliknya sekadar menghalang mereka melarikan diri.
"Ada yang mengatakan kita (pasukan keselamatan) akan melakukan kekejaman, kita tembak untuk membunuh orang. Ini salah. Kita akan tembak apabila mereka tidak berhenti dan melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau diminta mengulas lanjut kenyataannya pada Ahad yang memohon kepada kerajaan agar membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah pihak yang menceroboh perairan negara di Sabah.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata sekarang bukan masanya untuk pihak berkuasa berlembut terhadap penceroboh terbabit.
"Saya mohon budi bicara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu ini. Sekarang bukan masa untuk berlembut lagi. Berapa ramai lagi anggota pasukan keselamatan akan terkorban jika penceroboh masih bermaharajalela," tegasnya.
Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara boleh mengeluarkan Peraturan Kawalan Tembakan yang membenarkan tembakan dilakukan ke atas mana-mana unsur yang dicurigai boleh menggugat keselamatan negara.
Kenyataan beliau ini menyusuli kejadian serangan hendap ke atas pasukan keselamatan yang dilakukan oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabtu lepas.
Dalam kejadian 11.10 malam itu anggota Pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban manakala rakan setugasnya Konstabel Zakia Aleip, 26, dilarikan.
Topic Berkaitan
#Panglima Tentera Laut Laksamana
#Pulau Mabul
#Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan