awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkatkan penglibatan sektor swasta penuhi keperluan pelajar - Kamalanathan

Bernama
Bernama
09/10/2016
23:28 MYT
Tingkatkan penglibatan sektor swasta penuhi keperluan pelajar - Kamalanathan
KAMALANATHAN: Sekiranya ada pejabat pendidikan daerah yang proaktif, saya pasti lebih banyak syarikat yang akan tampil menghulurkan bantuan. - Gambar fail
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan menyeru agar lebih banyak syarikat-syarikat korporat tampil menghulurkan bantuan bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar sekolah.
Katanya sokongan dan bantuan daripada sektor korporat amat penting dalam membantu kerajaan menambah baik sektor pendidikan selain membantu memastikan para pelajar mendapat pendidikan terbaik di sekolah-sekolah.
"Kerajaan tetap akan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada keperluan sekolah dan para pelajar tetapi dengan sokongan dan bantuan daripada individu dan syarikat-syarikat, kerajaan dapat menumpukan perhatian terhadap aspek-aspek pendidikan yang lain.
"Dan sekiranya ada pejabat pendidikan daerah (PPD) yang proaktif, saya pasti lebih banyak syarikat yang akan tampil menghulurkan bantuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemberian Sumbangan Dermasiswa Holstein Milk Company Sdn Bhd di sini, pada Ahad.
Seratus orang murid sekolah rendah di daerah Hulu Selangor menerima dermasiswa sebanyak RM200 seorang melalui kerjasama antara syarikat Holstein Milk dengan PPD Hulu Selangor dan Pejabat Parlimen Hulu Selangor.
Menurut Pengarah Urusan Holstein Milk Company Azmi Zainal, program dermasiswa itu akan diteruskan ke satu daerah yang akan dipilih di beberapa buah negeri termasuk Kedah, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#p.kamalanathan
#Pejabat Pendidikan Daerah
#sekolah
#syarikat korporat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan