awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah Adendum: Mahkamah Persekutuan arah semakan kehakiman Najib disegerakan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
13/08/2025
05:21 MYT
Titah Adendum: Mahkamah Persekutuan arah semakan kehakiman Najib disegerakan
Prosiding itu tidak sewajarnya dilengahkan kerana ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada Najib dan pihak kerajaan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Rabu mengarahkan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan Titah Adendum disegerakan pendengarannya di Mahkamah Tinggi.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Persekutuan mengarahkan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak berkaitan Titah Adendum disegerakan di Mahkamah Tinggi.
  • Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim menegaskan prosiding tidak boleh dilengahkan demi keadilan kepada Najib dan kerajaan.
  • Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Ogos dan perbicaraan akan berlangsung dalam tempoh sebulan selepas itu.

Menurut Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, prosiding itu tidak sewajarnya dilengahkan kerana ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada Najib dan pihak kerajaan.
Sehubungan itu, beliau menetapkan pengurusan kes pada 18 Ogos ini dan tarikh perbicaraan ditetapkan dalam tempoh sebulan selepas itu.
“Mahkamah menetapkan 18 Ogos ini untuk pengurusan kes dan mengarahkan pihak-pihak memfailkan penghujahan bertulis secara serentak. Tarikh pendengaran ditetapkan dalam tempoh sebulan,” ujarnya.
BACA: Mahkamah Persekutuan sebulat suara tolak rayuan Peguam Negara
Hakim Hasnah yang mengetuai panel tiga hakim menyatakan demikian ketika mengembalikan semakan kehakiman Najib ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Beliau yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah memutuskan demikian selepas menolak rayuan Peguam Negara secara sebulat suara.
Dengan keputusan mahkamah tertinggi itu, semakan tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi seperti tarikh-tarikh yang akan ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Titah Adendum
#Najib Razak
#Mahkamah Persekutuan
#disegerakan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan