awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TM sahkan akan jalankan ujian 5G dengan Digital Nasional

Bernama
Bernama
05/12/2021
04:31 MYT
TM sahkan akan jalankan ujian 5G dengan Digital Nasional
Telekom Malaysia Bhd (TM) mengesahkan ia akan menjalankan ujian 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk mengoptimumkan perkhidmatan tersebut.
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) mengesahkan ia akan menjalankan ujian 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk mengoptimumkan perkhidmatan tersebut.
"Semasa ujian perintis, pelanggan pascabayar mudah alih unifi dengan peranti 5G yang diperakui akan dapat merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan 5G di kawasan terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya," kata syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan hari ini.
TM berkata, kesalinghubungan teknologi dan digital telah menjadi satu keperluan dalam ekosistem hari ini.
Menurutnya, pelancaran 5G itu akan meningkatkan lagi penciptaan nilai bagi pengguna, PKS mikro dan perniagaan korporat.
"Kami akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk menyediakan 5G bagi negara dan mempercepat lonjakan masyarakat, perniagaan dan industri ke arah Digital Malaysia," kata TM sebagai responsnya kepada laporan berita mengenai syarikat itu menjalankan ujian 5G dengan DNB.
DNB, milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan telah diberi mandat oleh kerajaan untuk menjadi pihak neutral tunggal bagi melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.
Pada 3 Dis, DNB berkata ia menjangka melancarkan 10 peratus liputan perkhidmatan 5G di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur pada akhir bulan ini dengan bilangan tapak kumulatif sebanyak 500 tapak.
Bilangan ini akan ditingkatkan kepada 4,018 tapak atau 40 peratus liputan di kawasan berpenduduk di Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak pada 2022.
DNB juga menyasar mencapai liputan 80 peratus di kawasan berpenduduk negara ini menjelang 2024 dengan 7,509 tapak. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telekom Malaysia
#Digital Nasional
#ujian 5G
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan