awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ sangkal dakwaan Forest City projek mega gagal

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
20/11/2021
13:07 MYT
TMJ sangkal dakwaan Forest City projek mega gagal
Tunku Ismail berkata, sebaliknya projek berkenaan adalah satu projek yang sedang dibangunkan secara mampan dan berterusan. - Gambar/ IG @hrhcrownprinceofjohor
JOHOR BAHRU: Dakwaan projek Forest City di Iskandar Puteri dekat sini, merupakan projek mega yang gagal adalah tidak berasas dan merupakan fitnah disebarkan pihak tertentu, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail berkata, sebaliknya projek berkenaan adalah satu projek yang sedang dibangunkan secara mampan dan berterusan.
“Projek ini sudah pun menyumbang pendapatan sebanyak RM630 juta kepada kerajaan negeri Johor dalam bentuk bayaran cukai, dividen, dan sebagainya.
“Projek ini juga telah mencipta pekerjaan untuk 1,200 rakyat tempatan dan menganugerahkan kontrak kerja bernilai RM1.4 bilion kepada 150 syarikat kontraktor tempatan.
“Ini secara langsung telah membuka peluang untuk memajukan industri pembinaan di Johor untuk jangka masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook, pada Sabtu.
Tunku Ismail berkata, projek berkenaan juga telah menerima anugerah Global Model of Low-Carbon City Planning and Design Award daripada Sustainable Cities and Human Settlements Award (SCAHSA) pada bulan lalu.
“Ini menunjukkan bahawa projek ini tidak gagal, sebaliknya menarik perhatian di persada dunia dengan kemajuan teknologinya.
“Cabaran juga dihadapi dengan wabak COVID-19 yang bukan sahaja melanda Johor, malah seluruh dunia. Situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan juga telah menyebabkan kadar penjualan yang kurang.
“Juga perlu diingatkan bahawa dasar kerajaan Persekutuan yang tidak konsisten turut menyebabkan keyakinan pelabur terhadap negara kita terjejas,” katanya.
Justeru, Tunku Ismail berharap lebih ramai pelabur akan datang ke Malaysia seterusnya melabur di Johor dengan polisi yang lebih stabil pada masa akan datang, dan apabila situasi ekonomi sudah bertambah baik.
Baru-baru ini, tular laporan media sosial yang mendakwa projek Forest City merupakan satu daripada lima projek mega yang dikategorikan gagal di seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#forest city projek gagal
#TMJ
#Tunku Ismail
#Iskandar Puteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan