awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel - PM Meloni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ ucap takziah buat Syafiq Ahmad, seru orang ramai tidak sebar gambar kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2020
03:31 MYT
TMJ ucap takziah buat Syafiq Ahmad, seru orang ramai tidak sebar gambar kemalangan
TUNKU ISMAIL: Saya menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyampaikan ucapan takziah dan turut bersimpati di atas tragedi yang menimpa pemain JDT, Muhammad Syafiq Ahmad yang kehilangan ahli keluarga dalam satu kemalangan, awal pagi tadi.
Menerusi satu entri di Facebook, pemilik JDT itu turut menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video berkaitan demi menjaga sensitiviti Syafiq dan keluarganya.
"Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
"Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga," tulisnya.
Sumber Facebook hrhcrownprinceofjohor
Syafiq terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer 163.6 arah utara, dekat Sungai Bakap.
Kemalangan ngeri itu mengorbankan bayi lelakinya yang berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, difahamkan ibu mertuanya, dan Titik Sukamti, 30-an.
Syafiq, 25 tahun, dan anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan tetapi isterinya, Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah.
Topic Berkaitan
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#TMJ
#JDT
#Facebook
#kemalangan
#Syafiq Ahmad
#PLUS
#Lebuhraya Utara Selatan
#cedera
#bayi
#sensitif
#Muhammad Syafiq Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan