awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB serah zakat perniagaan lebih RM580,000 kepada MAIPs

Bernama
Bernama
23/02/2022
15:32 MYT
TNB serah zakat perniagaan lebih RM580,000 kepada MAIPs
Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM583,330.13 bagi tahun 2020 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). - Foto BERNAMA
KUALA PERLIS: Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM583,330.13 bagi tahun 2020 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Zakat tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Global Business Solutions Ahmad Hushairi Ibrahim yang mewakili Pengerusi TNB kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli menyaksikan penyerahan tersebut di Dewan Orang Ramai Kampung Pulau Ketam, Kampung Seberang Ramai, di sini.
Selepas acara itu, baginda turut berkenan membuat pelepasan seramai 70 orang peserta Explorace TNB 2022 yang disertai oleh ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan pengamal media Perlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#zakat perniagaan
#MAIPs
#Tenaga Nasional Berhad
#Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan