awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tong gas kimpalan meletup, ruang bangunan terbakar - Bomba

Bernama
Bernama
23/02/2022
22:05 MYT
Tong gas kimpalan meletup, ruang bangunan terbakar - Bomba
Tong gas kimpalan di sebuah bangunan dalam pembinaan di Bandar Tun Razak meletup dan terbakar pada Rabu, 23 Feb 2022. - Foto ihsan Bomba KL
KUALA LUMPUR: Sebahagian kecil ruang belakang sebuah bangunan berdekatan Jalan Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak yang dalam pembinaan dekat sini, terbakar 70 peratus selepas tong gas kimpalan di ruangan itu meletup dan terbakar.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.17 petang semalam, sebelum pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian.
"Setibanya di situ disahkan terdapat kebakaran melibatkan dua buah tong gas jenis asetilena.
"Kebakaran berjaya dikawal pada 2.30 petang dan tidak ada mangsa terlibat, manakala punca kebakaran masih disiasat," katanya.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di bangunan berkenaan berkata semasa kejadian dia berada di lobi bangunan itu apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat.
"Letupan itu disusuli dengan kepulan asap memenuhi ruang bahagian belakang tempat tong gas kimpalan itu diletakkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tong gas
#kebakaran
#Bandar Tun Razak
#bangunan dalam pembinaan terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan