awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tourism Cafe' tawar produk unik, pakej menarik Langkawi di bawah satu bumbung

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
04/09/2020
01:15 MYT
'Tourism Cafe' tawar produk unik, pakej menarik Langkawi di bawah satu bumbung
Di Tourism Cafe, pengunjung bukan sekadar menikmati sajian unik Langkawi, malah mereka bakal merasai sendiri pengalaman menarik sepanjang berada di pulau itu. -Astro AWANI
Langkawi, pulau yang terkenal dengan produk pelancongan dan komuniti yang unik serta makanan ‘rare’ semestinya bakal memberi pengalaman menarik buat pelancong yang berkunjung ke Pulau Legenda itu.
Pengunjung tidak perlu lagi tercari-cari kerana produk tempatan Langkawi kini dipasarkan di bawah satu bumbung.
Di Tourism Cafe, pengunjung bukan sekadar menikmati sajian unik Langkawi, malah mereka bakal merasai sendiri pengalaman menarik sepanjang berada di pulau itu.
Idea penubuhan pusat sehenti ini tercetus oleh pengusahanya Zainuddin Kadir yang mahu menjadikan produk unik Langkawi sebagai tarikan utama di restorannya.
Dalam masa sama, jelasnya, hasrat ingin membantu pengusaha kecil produk komuniti yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi langkah permulaan buat dirinya mengilhamkan perniagaan itu.
“Langkawi yang bergantung harap kepada sektor pelancongan lumpuh ketika penularan COVID-19 dan pelaksanaan PKP.
"Kebanyakan pengusaha kecil terjejas. Jadi penubuhan kafe ini sebagai salah satu platform buat mereka memasarkan produk mereka.
“Ia juga boleh jadi sebagai tempat persinggahan buat pelancong untuk merasai ‘signature dishes of Langkawi’ seperti kerabu bronok dan produk tempatan berasaskan gamat,” jelas Zainuddin kepada Astro AWANI menerusi segmen Realiti Rakyat Pemulihan.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) berkata produk tempatan Langkawi boleh diangkat ke peringkat lebih tinggi kerana mempunyai nilai komersial yang tinggi.
“Kita nak ambil contoh, perusahaan ais krim berasaskan susu kerbau, mungkin tiada di tempat lain tapi di Tourism Cafe anda boleh dapatkannya yang diadun bersama kelapa pandan Langkawi.
“Ais krim ini merupakan produk anak tempatan dan kelapanya juga memang dipetik beberapa jam sebelum dihidangkan kepada pengunjung bagi memastikan kesegarannya.”
Tambah beliau, konsep menggunakan produk tempatan ini bakal menjadikan ia sebagai one stop centre apabila pengunjung ke Langkawi.
Ia juga bakal dikembangkan ke beberapa negeri lain sebagai usaha memperkenalkan produk Langkawi ke seluruh Malaysia.
Terletak tidak jauh dari Jeti Kuah, kafe yang berkonsepkan santai ini juga menjadi pusat di mana pengusaha pelancongan meluangkan masa bertukar idea sambil menjalankan usaha promosi kepada pengunjung.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#Malaysia
#pelancong
#pelancongan
#perintah kawalan pergerakan
#pusat sehenti
#sajian unik
#sektor pelancongan
#Tourism Cafe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan