awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut lori tangki meletup dekat Terusan Panama
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism Malaysia perkenal "tarikan tersembunyi" kepada pelancong India

Bernama
Bernama
26/09/2025
21:10 MYT
Tourism Malaysia perkenal "tarikan tersembunyi" kepada pelancong India
Kempen promosi itu bermula di New Delhi pada Rabu dan berakhir di Chennai pada Jumaat.
NEW DELHI: Tourism Pahang menganjurkan siri jerayawara di New Delhi dan Chennai bagi menarik pelancong India untuk menerokai "tarikan tersembunyi" negeri itu, daripada khazanah eko-pelancongan hingga ke pulau indah dan pusat peranginan tanah tinggi.
Pegawai jabatan pelancongan bersama 15 wakil hotel, resort dan syarikat pelancongan mempersembahkan kepelbagaian tawaran Pahang - daripada pelancongan rel, perkahwinan destinasi hingga perjalanan perniagaan dan persidangan - kepada pengendali pelancongan serta syarikat penerbangan India.
Kempen promosi itu bermula di New Delhi pada Rabu dan berakhir di Chennai pada Jumaat.
"Kami berada di sini untuk memperkenalkan permata tersembunyi Pahang yang jarang diterokai seperti Pulau Tioman, Pantai Cherating, Bukit Fraser dan Taman Negara.
Kami yakin tawaran ini akan menarik minat keluarga dari India, pasangan bulan madu, kumpulan MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran) malah perancang perkahwinan mewah," kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man.
Beliau berkata India merupakan antara pasaran sumber terpenting bagi Malaysia dan sambutan terhadap jerayawara negeri itu mencerminkan hakikat berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tourism Pahang
#tarikan pelancongan
#pelancong India
#eko-pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan