awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism Malaysia yakin sasaran 85 juta pelancong domestik tercapai

Bernama
Bernama
01/11/2019
21:31 MYT
Tourism Malaysia yakin sasaran 85 juta pelancong domestik tercapai
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia Zulkifly Md Said (tengah) merasmikan Cuti-Cuti Malaysia Travel Fair 2019 di Putrajaya pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Sasaran 85.2 juta pelancong domestik dengan jangkaan perbelanjaan pelancong RM68.5 bilion untuk tahun ini akan tercapai jika tiada bencana besar berlaku dalam negara, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Zulkifly Md Said.
Beliau berkata penggiat industri pelancongan tempatan perlu merebut peluang dengan bersikap lebih proaktif dan kreatif mempromosikan produk mereka bagi menarik pelancong domestik menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.
Tahun lepas, pelancong domestik mencatatkan 78.2 juta orang dengan jumlah perbelanjaan pelancongan sebanyak RM60.4 bilion, katanya pada sidang media selepas merasmikan 'Cuti-Cuti Malaysia Travel Fair 2019', di sini pada Jumaat.
Beliau berkata pameran pengembaraan Cuti-Cuti Malaysia selama tiga hari sehingga Ahad ini di IOI City Mall di sini menyasarkan jualan pakej sebanyak RM1 juta.
Sebanyak 30 syarikat terdiri daripada ejen pelancongan, perhotelan dan pengusaha produk pelancongan menawarkan harga pakej berpatutan dengan menyasarkan penduduk sekitar Putrajaya dan Lembah Klang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cuti-Cuti Malaysia Travel Fair 2019
#pelancong domestik
#Tourism Malaysia
#Zulkifly Md Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan