awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali

Bernama
Bernama
21/05/2024
06:16 MYT
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Perbincangan dengan delegasi UNECE diketuai Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Marco Keiner memberi tumpuan kepada pengurusan sungai rentas sempadan. - Foto Bernama
BALI: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE) mengenai cabaran, pengalaman pengurusan dan model kewangan dari pelbagai negara berkaitan isu air.
Perbincangan dengan delegasi Bank Dunia diketuai Pengarah Serantau Sustainable Development Practice Group East Asia and Pacific Anna Wellenstein diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Nusa Dua sempena mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10 yang berakhir hari ini.
Fadillah berkata pertemuan itu bertujuan untuk membolehkan bertukar pengetahuan dan menghasilkan persetujuan untuk perbincangan lanjut yang melibatkan pegawai Malaysia dan Bank Dunia untuk meneroka bentuk kerjasama, seperti bengkel atau nasihat teknikal.
"Dari situ, Malaysia akan menentukan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan, sama ada melalui bengkel atau nasihat teknikal yang diperlukan untuk menjawab cabaran kewangan dalam pengurusan air.
"Pengalaman daripada negara lain dan model bisnes baru yang diperoleh ini diharapkan dapat memberikan idea baharu bagaimana kita boleh membangunkan dan memastikan kelestarian serta kelangsungan bekalan air untuk negara kita dalam semua aspek," katanya kepada media Malaysia.
Menurut Fadillah, perbincangan dengan delegasi UNECE diketuai Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Marco Keiner pula memberi tumpuan kepada pengurusan sungai rentas sempadan yang dikongsi dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Brunei dan Indonesia.
Beliau menekankan keperluan pengurusan bersama bagi memastikan bekalan air bersih dan mitigasi risiko bencana seperti banjir, dengan mengambil contoh kerjasama melibatkan muara Sungai Golok di sempadan Kelantan, Malaysia dan Narathiwat, Thailand.
"Kita juga perlu bekerjasama dalam aspek sokongan teknikal UNECE kerana sempadan sungai di Malaysia merangkumi beberapa negeri seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, dan Kelantan," katanya.
Fadillah percaya penyelarasan penjagaan kebersihan sungai, pengurusan banjir dan hakisan, serta bekalan air yang baik memerlukan kerjasama semua negeri yang terlibat.
UNECE adalah suruhanjaya serantau di bawah bidang kuasa Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ia ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan integrasi di kalangan negara anggota terdiri daripada 56 negara anggota di Eropah, serta beberapa di luar Eropah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#Bali
#Bank Dunia
#UNECE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan