awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik di beberapa lokasi di lebuh raya utama sesak petang ini

Bernama
Bernama
22/03/2026
09:53 MYT
Trafik di beberapa lokasi di lebuh raya utama sesak petang ini
Beberapa kemalangan yang dilaporkan berlaku turut menyumbang kepada kesesakan petang ini. - Foto Bernama
Trafik di lebuh raya utama sesak petang ini susulan pertambahan trafik dan kemalangan di beberapa lokasi.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara di Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng sehingga Simpang Pulai serta di kedua-dua arah di Ipoh Utara ke Kuala Kangsar dan dari Bertam ke Sungai Petani.
“Beberapa kemalangan yang dilaporkan berlaku turut menyumbang kepada kesesakan seperti di Plaza Tol Hutan Kampung dari arah Jitra dan Tanjung Malim ke Lembah Beringin,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata bagi arah dari Pantai Timur, kesesakan berlaku dari arah Bentong ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak manakala trafik ke selatan sesak di Bandar Ainsdale ke Senawang serta di Simpang Renggam ke Sedenak.
“Trafik turut sesak di beberapa lokasi menghala ke Lembah Klang seperti di Bukit Gambir ke Tangkak, Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas Linggi ke Port Dickson,” katanya.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan pihak konsesi dan memastikan mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan pemanduan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup trafik di laman sesawang rasmi agensi berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LLM
#PLUS
#trafik
#lebuh raya
#aliran trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan