awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik lebuh raya utama negara dijangka sesak mulai tengah hari

Bernama
Bernama
24/01/2023
02:40 MYT
Trafik lebuh raya utama negara dijangka sesak mulai tengah hari
Trafik dijangka sesak dari Bukit Tinggi ke Plaza Tol Gombak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dijangka akan meningkat dan sesak mulai tengah hari ini ekoran orang ramai yang akan membuat perjalanan pulang selepas cuti sambutan perayaan Tahun Baharu Cina berakhir hari ini.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kesesakan dijangka dari Gopeng ke Tapah, Sungkai ke Slim River serta Pedas Linggi ke Port Dickson.
Trafik juga dijangka sesak dari Bukit Tinggi ke Plaza Tol Gombak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
"Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dan pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi bagi mengelakkan kesesakan ketika membuat pembayaran di plaza tol," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, LLM memaklumkan berlaku kesesakan sepanjang empat kilometer di KM263.4 PLUS arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh Utara susulan sebuah kereta rosak yang menyebabkan lorong kanan terhalang.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini dilaporkan berkata sebanyak 3.8 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya di seluruh negara sepanjang cuti Tahun Baharu Cina kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lebuh raya
#aliran trafik
#kesesakan
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan