awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Feri Triso: Lima van jenazah digerakkan ke Sri Aman

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
02/01/2021
00:46 MYT
Tragedi Feri Triso: Lima van jenazah digerakkan ke Sri Aman
Mohd Sepian berkata, HUGS Project dan sukarelawan yang terlibat bersedia membantu dalam apa jua keperluan pengurusan jenazah.
KUCHING:Sekurang-kurangnya lima van jenazah akan digerakkan dari Kuching ke Hospital Sri Aman untuk memudahkan pengurusan penghantaran jenazah kemalangan di Pangkalan Feri Triso, semalam ke rumah masing-masing.
Inisiatif penyediaan van jenazah itu merupakan tanda solidariti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), HUGS PROJECT (Helping Unfortunate Groups and Society) dalam usaha meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat.
Bagi Penyelaras HUGS PROJECT Sarawak, Mohd Sepian Abang Daud, usaha itu turut mendapat sokongan selain digerakkan bersama dengan beberapa NGO lain seperti Tabung Khiarat Kematian Masjid Nurul Khair; Harakah Islamiah (Hikmah) Sarawak.
"Kami akan bergerak ke Sri Aman sekitar pukul 8 pagi bersama beberapa orang sukarelawan. Kami berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambah Mohd Sepian, HUGS Project dan sukarelawan yang terlibat bersedia membantu dalam apa jua keperluan pengurusan jenazah.
Beberapa kenderaan jenazah dikumpul untuk digerakkan ke Hospital Sri Aman pada Sabtu.
Beberapa kenderaan jenazah dikumpul untuk digerakkan ke Hospital Sri Aman pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Tragedi Feri Triso
#Van jenazah disediakan
#kereta terjunam
#Sungai Batang Lupar
#Pangkalan Feri Triso
#Sarawak
#Sri Aman
#HUGS project
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan