awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar

Bernama
Bernama
12/04/2026
15:14 MYT
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
Menerusi hantaran di X hari ini, Anwar turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin serta mendoakan mangsa yang cedera agar diberikan kesembuhan segera. - Gambar Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan hari ini perlu dijadikan iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati serta tidak cuai dalam setiap tindakan.
Salam takziah buat keluarga besar Allahyarhamah Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin.Doa dan ingatan juga buat mangsa yang cedera supaya diberikan kesembuhan segera.Tragedi ini harus menjadi iktibar dan peringatan kepada semua agar sentiasa berhati-hati serta tidak cuai dalam… https://t.co/Qaip030iib
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 12, 2026
Menerusi hantaran di X hari ini, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin serta mendoakan mangsa yang cedera agar diberikan kesembuhan segera.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilapor berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kejadian itu, selain siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.
Dalam kejadian itu, Nur Fatimatul Hawa yang juga pelajar tingkatan satu maut manakala seorang lagi pelajar cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan surau tersebut.
Kejadian pada 1.50 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila pemandu wanita terbabit tersalah menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaannya terbabas dan melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut di hadapan surau itu serta tiang batu surau berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut
#pelajar
#sekolah
#pedal minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan