awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transformasi digital hapus pekerjaan konvensional, cipta kerjaya bernilai lebih tinggi - WEF

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
16/05/2023
02:30 MYT
Transformasi digital hapus pekerjaan konvensional, cipta kerjaya bernilai lebih tinggi - WEF
Brende juga mengakui, meskipun teknologi membuahkan banyak manfaat, namun pemantauan juga perlu ditingkatkan. - Foto WEF
KUALA LUMPUR: Transformasi digital akan menghapuskan pekerjaan-pekerjaan yang bersifat konvensional, namun dalam masa yang sama akan mencipta peluang pekerjaan yang bernilai lebih tinggi.
Presiden World Economic Forum (WEF), Borge Brende berkata fenomena peralihan peluang pekerjaan ke arah lebih mesra teknologi ini sudah berlaku sejak Revolusi Industri Pertama.
“Saya fikir akan ada pekerjaan yang terkesan akibat teknologi baharu ini. Ia berlaku sejak Revolusi Industri Pertama ratusan tahun yang lalu. 50 peratus populasi Amerika Syarikat (AS), contohnya, bekerja dalam sektor penghasilan makanan sebagai petani suatu ketika dahulu.
Presiden World Economic Forum (WEF), Borge Brende berkata transformasi digital akan menghapuskan pekerjaan-pekerjaan yang bersifat konvensional. #AgendaAWANI #AWANInews pic.twitter.com/TS3cwv5Twa
— Astro AWANI (@501Awani) May 15, 2023
“Hari ini, haya 3 peratus yang bekerja dalam sektor tersebut. Tetapi kita menghasilkan lebih banyak makanan. Pastinya teknologi baharu akan mencabar perkerjaan sedia ada.
"Tetapi kita juga melihat transformasi digital ini mencipta pekerjaan baharu yang menawarkan gaji lebih baik dalam rantaian nilai dan meningkatkan produktiviti,” katanya dalam program Agenda AWANI.
Manfaat teknologi baharu ini juga diharapkan mampu menjadi penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang menekan hari ini termasuk sektor kesihatan, pendidikan dan perubahan iklim.
Brende juga mengakui, meskipun teknologi membuahkan banyak manfaat, namun pemantauan juga perlu ditingkatkan terutamanya berkaitan algoritma kecerdasan buatan yang boleh terkeluar dari kawasan dengan mudah.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#transformasi teknologi
#digitalisasi
#WEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan