awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler alami masalah brek rempuh kenderaan lain di Lebuhraya KLK

Bernama
Bernama
23/12/2022
14:35 MYT
Treler alami masalah brek rempuh kenderaan lain di Lebuhraya KLK
Sebuah treler muatan besi yang mengalami masalah brek antara lima kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer (KM) 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur hari ini.
KUANTAN: Sebuah treler muatan besi yang mengalami masalah brek antara lima kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer (KM) 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata siasatan awal mendapati treler berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terlanggar sebuah lori membawa kontena di hadapannya sehingga terbabas ke kiri jalan dalam kejadian sekitar 12.45 tengah hari.
Beliau berkata rempuhan itu telah menyebabkan lori membawa kontena hilang kawalan dan menghimpit sebuah kereta Toyota Vios di bahagian kiri jalan manakala treler terbabit merempuh dua kenderaan lain masing-masing Honda Civic dan Naza Citra.
"Kemalangan itu turut menyebabkan muatan besi treler tersebut terjatuh dan bertaburan di jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pemandu lori membawa kontena hanya cedera ringan di bahagian dahi manakala pemandu lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
Zaiham berkata orang ramai yang melihat kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap Lebuhraya Pantai Timur ketika dihubungi memaklumkan kemalangan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 21.2 km dari KM 21.7 hingga lokasi kemalangan, namun trafik kini kembali lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#treler muatan besi
#masalah brek
#kemalangan
#KLK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan