awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
29/12/2024
03:00 MYT
Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Roshidi pada hari Pelepasan Tren Pertama MySawasdee Edisi Penang di Stesen KTMB Butterworth pada Ahad. - Astro AWANI
BUTTERWORTH: Penduduk di Utara Semenanjung Malaysia dan pelancong dari Thailand boleh menikmati Perkhidmatan khas tren MySawasdee Edisi Penang dari Stesen Butterworth-Hat Yai- Butterworth bermula hari ini.
Ia selepas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan percubaan laluan itu sehingga 5 Januari depan.
Menurut Ketua Tugas-Tugas Khas (Hal Ehwal Antarabangsa), KTMB, Roshidi Yahaya, pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.
Katanya, sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan apabila tiket terjual sudah mencecah 70 peratus pada hari pertama pelancarannya.
"Setakat ini sangat menggalakkan di mana daripada jumlah tiket yang keluarkan, 70 peratus telah terjual.
"Setiap perjalanan kita tawarkan 360 tiket bagi perjalanan sehala dan ini adalah percubaan laluan untuk dapatkan permintaan penumpang bagi menilai ke beberapa destinasi akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Roshidi berkata percubaan laluan hari ini bertujuan menilai permintaan dan sambutan pengguna terhadap perkhidmatan tren khas berkenaan, sebagai perancangan pelaksanaan tren ke beberapa lokasi tumpuan di rangkaian State Railway of Thailand (SRT) pada masa akan datang.
Roshidi berkata demikian kepada media pada hari Pelepasan Tren Pertama MySawasdee Edisi Penang di Stesen KTMB Butterworth pada Ahad.
Hadir sama Ketua Unit Pemasaran, Promosi dan Pengiklanan, Encik Shahril Sahak.
Perkhidmatan itu hanya menawarkan tambang sehala pada harga RM45 dan ia akan berhenti di beberapa stesen utama, termasuk Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar.
Masa pelepasan dari Butterworth pada jam 7.40 pagi dan dijangka tiba di Hat Yai sekitar 12.05 tengah hari waktu Thailand, manakala jadual perjalanan berlepas dari Hat Yai adalah pada 3 petang waktu Thailand dan tiba di Butterworth pada 9.46 malam.
Sementara itu, penumpang yang ditemui teruja apabila dapat menikmati perjalanan ke Hat Yai tanpa perlu menukar tren seperti kebiasannya.
Topic Berkaitan
#MySawasdee Edisi Penang
#KTMB
#Roshidi Yahaya
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan