awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
Seorang peminat bertindak menyaman Arsenal ekoran prestasi teruk
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump failkan permohonan kecemasan sambung pembinaan dewan tari White House

Bernama
Bernama
04/04/2026
23:22 MYT
Trump failkan permohonan kecemasan sambung pembinaan dewan tari White House
Kren dilihat di Sayap Timur selepas seorang hakim memutuskan bahawa Trump tidak boleh membina dewan tari yang dirancangnya tanpa kelulusan Kongres. - Foto REUTERS
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah memfailkan permohonan kecemasan bagi menyambung pembinaan dewan tari di White House, dengan alasan projek itu penting demi keselamatan negara.
Dalam pemfailan mahkamah pada Jumaat, peguam pentadbiran Trump dan Perkhidmatan Taman Negara AS menyifatkan perintah mahkamah yang menghentikan pembinaan sebagai “mengejutkan dan tidak wajar”.
Mereka berhujah bahawa penggantungan itu meninggalkan tapak penggalian besar berhampiran kediaman presiden, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan serius kepada White House, presiden dan kakitangan.
Permohonan itu menyatakan pembinaan telah mencapai tahap sensitif, termasuk struktur asas dan penggalian sulit, serta alasan “masa amat kritikal”.
Antara ciri keselamatan yang dirancang ialah bahan bumbung kalis dron serta kaca tahan peluru dan letupan.
Langkah itu menyusuli keputusan Hakim Richard Leon pada 31 Mac yang mengarahkan pembinaan dihentikan sementara, dengan menyatakan projek sebesar itu memerlukan kelulusan Kongres.
Hakim berkenaan menegaskan presiden hanyalah penjaga White House untuk generasi akan datang, bukannya pemilik mutlak bangunan tersebut.
Projek dewan tari itu merupakan sebahagian daripada rancangan Trump untuk mengubah suai White House bagi penggal keduanya, namun mencetuskan bantahan ahli sejarah dan badan pemeliharaan warisan.
Kontroversi memuncak apabila Sayap Timur, yang dibina pada 1902, dirobohkan secara mengejut pada Oktober lalu.
Pentadbiran Trump telah merayu keputusan mahkamah tersebut dan berhujah bahawa presiden mempunyai kuasa luas untuk membuat pengubahsuaian, dengan merujuk kepada kerja naik taraf era presidensi terdahulu.
Kos projek kini dianggarkan hampir AS$400 juta, meningkat daripada anggaran awal AS$200 juta, dan dijangka dibiayai melalui derma swasta.
Walaupun dikritik, projek itu telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Seni Halus serta Suruhanjaya Perancangan Ibu Negara, kedua-duanya diketuai sekutu politik Trump.
Topic Berkaitan
#White House
#dewan tari
#Donald Trump
#permohonan kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan