awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proses permohonan rayuan Khairy dijangka tidak ambil masa lama - Zambry
Abbas Araghchi puji pendirian tegas Islamabad sokong Tehran
Empat individu keluar kenyataan berbaur provokasi isu agama, kaum dituduh esok - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump naikkan tarif global kepada 15 % selepas keputusan Mahkamah Agung

Agensi
Agensi
21/02/2026
21:49 MYT
Trump naikkan tarif global kepada 15 % selepas keputusan Mahkamah Agung
PresidenTrump mengumumkan bahawa kadar tarif global baharu akan dinaikkan kepada 15 peratus, hanya sehari selepas Mahkamah Agung membatalkan tarif import terdahulu yang diperkenalkan pentadbirannya. - Gambar Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan bahawa kadar tarif global baharu akan dinaikkan kepada 15 peratus, hanya sehari selepas Mahkamah Agung membatalkan tarif import terdahulu yang diperkenalkan pentadbirannya.
Pengumuman itu dibuat melalui platform Truth Social di mana Trump berkata, pentadbirannya menggunakan kuasa maksimum di bawah Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 - satu peruntukan yang jarang digunakan - bagi mengenakan tarif sementara tanpa kelulusan Kongres.
Sebelum ini, Trump menyatakan bahawa tarif seragam 10 peratus akan dikuatkuasakan ke atas semua barangan import.
Kenaikan tarif ini dibuat susulan keputusan 6-3 Mahkamah Agung, yang mendapati Trump melampaui kuasa Presiden ketika menggunakan undang‑undang kecemasan ekonomi (IEEPA) untuk melaksanakan tarif global tahun lalu.
Trump mengecam keputusan itu sebagai “ridiculous” dan menuduh beberapa hakim bertindak “anti-Amerika.”
Kadar 15 peratus yang baharu ini mewujudkan ketidaktentuan baharu bagi negara seperti United Kingdom dan Australia, yang sebelum ini memiliki perjanjian tarif 10 peratus dengan AS.
Namun begitu, sektor seperti keluli, aluminium, farmaseutikal, automotif dan aeroangkasa tidak terjejas kerana ia tertakluk di bawah undang‑undang tarif berbeza yang kekal berkuat kuasa.
Reaksi daripada komuniti perniagaan AS bercampur-campur.
Sebahagian pengusaha menganggap tarif membantu industri domestik, manakala pengimport, peruncit dan petani menyifatkan langkah itu membebankan dan meningkatkan kos operasi.
Beberapa kumpulan perniagaan turut menggesa kerajaan AS memastikan dasar tarif lebih stabil dan tidak mengganggu rantaian bekalan.
Keputusan Mahkamah Agung membuka laluan untuk syarikat menuntut semula tarif yang dikutip secara tidak sah, namun Trump memberi amaran bahawa proses undang‑undang untuk bayaran balik berkemungkinan memakan masa yang panjang.
Pertubuhan perniagaan utama di AS sebaliknya mendesak supaya proses refund dipercepatkan bagi menyokong perniagaan kecil dan pertumbuhan ekonomi.
Pemimpin Eropah termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron, serta Canselor Jerman, Friedrich Merz, memberi amaran bahawa ketidaktentuan berulang dalam dasar tarif AS menjejaskan keyakinan ekonomi global.
Mereka menyeru peraturan dagangan antarabangsa yang lebih stabil dan berasaskan prinsip timbal balik. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#tarif global
#Mahkamah Agung AS
#tarif import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan