awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tangguh serangan ke atas infrastruktur tenaga Iran selama 5 hari

Bernama
Bernama
23/03/2026
12:08 MYT
Trump tangguh serangan ke atas infrastruktur tenaga Iran selama 5 hari
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata beliau mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur tenaga Iran susulan rundingan yang disifatkannya sebagai “sangat baik dan produkti
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata beliau mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur tenaga Iran susulan rundingan yang disifatkannya sebagai “sangat baik dan produktif” dengan Tehran sejak dua hari lepas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Saya dengan sukacitanya melaporkan bahawa AS dan negara Iran telah mengadakan perbincangan yang sangat baik dan produktif sepanjang dua hari lalu mengenai penyelesaian sepenuhnya dan menyeluruh terhadap permusuhan kami di Asia Barat,” kata Trump di platform media sosialnya, Truth Social.
Beliau menambah bahawa berdasarkan “suasana dan nada” perbincangan yang mendalam, terperinci dan membina itu, yang akan diteruskan sepanjang minggu ini, beliau telah mengarahkan Jabatan Pertahanan menangguhkan semua serangan ketenteraan terhadap loji tenaga dan infrastruktur tenaga Iran selama tempoh lima hari.
Beliau berkata penangguhan itu tertakluk kepada kejayaan mesyuarat dan perbincangan yang sedang berlangsung.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#AS
#Iran
#Donald Trump
#loji tenaga
#infrastruktur tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan