awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh lokaliti di tiga negeri jalani PKPD bermula 1 September - MKN

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2021
11:17 MYT
Tujuh lokaliti di tiga negeri jalani PKPD bermula 1 September - MKN
Datuk Rodzi Md Saad berkata arahan selama dua minggu itu dijadual tamat pada 14 September depan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah tujuh lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 1 September ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata arahan selama dua minggu itu dijadual tamat pada 14 September depan.
Di Sabah, ia melibatkan dua lokaliti iaitu Kampung Lotong, Kota Marudu dan Kampung Penangah, Tongod.
Sementara di Kelantan, PKPD itu membabitkan tiga lokaliti di Lata Rek dalam Mukim Olak Jeram, Kuala Krai iaitu Kampung Lata Tual, Kampung Tok Uban dan Kampung Kubang Kerian.
PKPD di Pahang pula ia melibatkan dua lokaliti di Bera iaitu Kampung Batu Papan dan Kampung Batu Papan Tengah.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PKPD di dua lokaliti juga akan dilanjutkan sehingga 14 September depan.
Ia melibatkan Kampung Temalin, Mukim Ulu Dong di Raub, Pahang dan Kampung Hidayat, Batu 14 di Tawau, Sabah.
Sementara itu, beliau memaklumkan terdapat tujuh lokaliti akan tamat PKPD esok iaitu di Kampung Luit di Maran, Pahang.
Di Sabah pula, terdapat lima lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik; Kampung Sri Aman, Batu 3 1/2, Jalan Apas; Taman Semarak Jaya; Lorong Damai, Jalan Damai dan Lorong Haji Marzuki, Jalan Damai.
Turut ditamatkan PKPD esok adalah di Kampung Kuala Abai, Kota Belud, Sabah.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Datuk Rodzi Md Saad
#Majlis Keselamatan Negara
#pelaksanaan PKPD
#COVID-19
#MKN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan