awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M kutuk kekejaman pengganas Sulu

Bernama
Bernama
12/03/2013
13:39 MYT
Tun M kutuk kekejaman pengganas Sulu
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk perbuatan kejam pengganas Sulu yang disifatkan sebagai tindakan di luar batas kemanusiaan dan agama Islam.
Katanya kerajaan dan rakyat Malaysia sudah lama memberi layanan baik kepada orang Sulu memandangkan ramai di kalangan mereka sudah lama tinggal di Sabah dan menjadi maju sebagai rakyat Malaysia.
Dr Mahathir berpendapat kerajaan Malaysia juga wajar menimbangkan untuk mengurang atau melupuskan pemberian wang saguhati RM5,300 setahun kepada waris Sultan Sulu kerana tindakan menceroboh Sabah.
Kerajaan Malaysia selama ini hanya meneruskan janji yang dibuat oleh penjajah dengan kesultanan Sulu lama, katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Konvensyen Usahawan Tani 1Malaysia di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di ibu negara hari ini.
Katanya Sabah kini telah maju dan kerajaan Malaysialah yang melaksanakan pemodenan Sabah.
Turut hadir ialah Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.
Dr Mahathir juga menyambut baik langkah kerajaan menaikkan gaji polis dan tentera selaras dengan penjawat awam lain sebagai menghargai jasa mereka.
Katanya apa yang berlaku di Sabah membuatkan kerajaan menilai semula peranan yang dilaksanakan pasukan keselamatan.
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#Sulu
#Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan